Harini, media memainkan peranan yang sangat penting sebagai
wadah penyampai ilmu, berita dan maklumat kepada orang awam. Keadaan situasi harini di mana rakyat terlalu
sibuk dalam kehidupan seharian menyebabkan, orang awam memilih untuk
mendapatkan maklumat melalui platform media sosial seperti facebook, twiiter
dan sebagainya. Hal ini dikukuhkan lagi
dengan penurunan jumlah jualan surat khabar yang semakin hari tidak menunjukkan
kesan positif. Tidak dinafikan banyak
perkara yang baik yang disampaikan pihak media kepada orang awam, namun begitu
banyak juga perkara yang disampaikan membawa kecelarauan kepada umum.
Harini media bebas melaporkan berbagai-bagai perkara. Tajuk-tajuk sarkastik diletakkan dimuka
hadapan bagi menarik minat pembacaan.
Terdapat juga penyampaian maklumat yang salah yang membuatkan sesuatu
perakara itu menjadi fitnah. Sebagai
orang yang boleh berfikiran waras, kita seharusnya memikirkan sesuatu maklumat
yang diterima dengan terperinci. Media
memainkan peranan penting dalam memesongkan pemikiran seseorang dari baik
kepada sebaliknya. Penularan video-video
yang mengerikan dan lucah senang diakses oleh segenap lapisan masyarakat. Perkara sedemikian sedikit sebanyak dapat
merosokkan minda dan pemikiran masyarakat.
Bahkan paling ditakuti, perakara ini menjadi satu perkara normal dalam
masyarakat. Proses normalisasi ini juga
menghancurkan sesebuah jati diri bangsa.
Oleh hal yang demikian, peranan daripada pelbagai pihak
amat diperlukan dalam membendung serta menepis maklumat-maklumat yang tidak
benar. Ibu bapa seharusnya memantau dan
mengenal pasti tingkah laku anak-anak serta peka dengan masalah yang dihadapi
oleh mereka. Selain itu, barisan
penulis-penulis juga mesti beretika dalam menggalas amanah dengan sebaik
mungkin dalam menyampaikan sesuatu perkara.
Sekian.
No comments:
Post a Comment