Wednesday 7 November 2018

10 TIPS UNTUK MENCAPAI KEJAYAAN

      Dalam hidup ini, tiada manusia yang tidak mahukan kejayaan dan maju kehadapan.  Harini orang meletakkan kejayaan dalam berbagai-bagai maksud.  Ada orang, kejayaan baginya adalah bebas kewangan, ada orang dapat menamatkan pelajaran dan ada orang berpendapat bahawa dapat membeli rumah pada usia muda adalah satu kejayaan.

      Ya benar, definisi kejayaan adalah berlainan mengikut setiap individu.  Walaubagaimanapun, tips untuk mencapai kejayaan yang diinginkan adalah lebih kurang sama.  Mungkin tips yang diberikan ini dapat memberi sedikit sebanyak manfaat bagaimana untuk menggapai sesebuah kejayaan.

     Untuk pengetahuan semua, 10 tips yang akan ditulis dibawah merupakan tips yang dikongsi oleh seorang yang hebat dan tidak asing lagi iaitu Datuk Hj. Aminar Rashid.  Beliau merupakan Managing Director PERODUA. 

1. BERPEGANG TEGUH PADA AGAMA

      Sebagai manusia yang beragama, kita wajib berpegang teguh kepada agama.  Khususnya umat islam, kita wajib berpegang teguh pada al-quran dan as sunnah serta mengamalkan rukun iman dan rukun islam.

2. ADA VISI, MISI DAN TARGET

      Dalam menjalani kehidupan ini, kita mempunyai visi, misi dan target.  Misi dan visi seseorang ini bergantung kepada apa objektif seseorang itu dan apa yang dia target.  Sebagai contoh seorang mahasiswa, mahasiswa tersebut perlu bekerja keras untuk mendapat Dean's list, 1st class degree dan sebagainya.  Kunci utama dalam melaksanakan visi dan misi tidak lain dan tidak bukan adalah dengan disiplin.  Memang tidak dapat dinafikan, orang berjaya adalah orang yang berdisiplin tetapi "flexible".

3. KOMITED DAN BEKERJA KERAS DALAM PELAJARAN

      Untuk mencapai kejayaan, ilmu amat penting.  Proses mendalami sesuatu ilmu, kita harus fokus dan berkerja keras berkaitan pembelajaran tersebut.  Perlu dingati bahawa pembelajaran berlaku tidak hanya dalam kelas, malahan ilmu ini ada di mana-mana sahaja anda berada.  Aktiviti seperti kem jati diri dapat memupuk individu tersebut menjadi seorang "holistic person".  Pada masa yang sama, aktiviti luar kelas dapat memupuk semangat kerja berpasukan yang amat penting dalam dunia pekerjaan.

4. SEMANGAT BELAJAR DAN PERUBAHAN YANG BERTERUSAN

      Sifat seperti dahagakan ilmu adalah perkara penting bagi individu yang inginkan kejayaan. Kita harus berfikiran agar menjadi orang yang lebih baik dari semalam.  Tambahan pula, ilmu seperti bahasa ketiga amat memberi manfaat.  Menurut Datuk Hj. Aminar, bahasa Jepun amat luas digunakan terutamanya dalam mesyuarat dengan syarikat dari Jepun.

5. SENTIASA BERFIKIRAN POSITIF

      Berfikiran postiif dapat mengajar kita terutamanya bila kita gagal dalam sesuatu.  Kita akan senantiasa bangun apabila kita jatuh.  Budaya "global thinking" amat penting dalam menjadi individu yang berjaya.  Kita seharusnya menajadi yang terbaik setiap apa jua perkara yang kita lakukan  dan tidak mudah berputus asa. Pada masa yang sama, sikap berprasangka baik juga perlu diterapkan agar nilai-nilai yang baik dapat diterapkan.

6. CARI IDOLA DAN CONTOHI KEJAYAAN MEREKA

      Di sebalik kejayaan seseorang itu, pada ada insan dibelakangnya.  Tapi kalau bukan individu belakangnya?, mesti ada idola didepannya. :).  Sebagai umat islam, kita boleh meletakkan Nabi Muhammad S.A.W sebagai contoh tauladan. 

7. BERSYUKUR, HORMAT DAN BERTERIMA KASIH

      Mensyukuri seuatu nikmat yang diperoleh.  Besyukur, hormat dan berterima kasih merupakan adab dalam mengapai sesebuah kejayaan.  Tanda penghormatan dan terima kasih kepada ibu bapa, keluarga, guru-guru, rakan-rakan penting supaya ilmu yang diperoleh mendapat keredhaan Allah s.w.t.

8. RENDAH DIRI TAPI "COMPETITIVE MIND"

      Ya tepat sekali, kita perlu sentiasa rendah diri tetapi, jangan sampai orang tindas kita.  Bak kata orang tua, buat baik berpada-pada. To be the best we must stay humble. 

9. BERBAKTI KEPADA IBU BAPA, KELUARGA, MASYARAKAT

      Apabila dianugerahkan kejayaan, kita mesti ingat dimana kita bermula.  Kita harus bersedekah kepada mereka yang memerlukan atau melakukan community services untuk masyarakat atau kita boleh lakukan sesi perkongsian ilmu dan pengalaman kepada komuniti di luar.

10. WORK-LIFE BALANCE

      Akhir sekali, dalam mengejar kejayaan yang diiginkan, kita harus seimbangkan hidup seperti mengambil pemakanan yang seimbang, melakukan senaman serta meluangkan masa bersama insan yang tersayang.  Kita juga perlu mengawal stress dengan cara memperbanyakkan amal dan memperbanyakkan ibadah.