Thursday 19 December 2019

MEDIA DAN KEBEBASAN


      Harini, media memainkan peranan yang sangat penting sebagai wadah penyampai ilmu, berita dan maklumat kepada orang awam.  Keadaan situasi harini di mana rakyat terlalu sibuk dalam kehidupan seharian menyebabkan, orang awam memilih untuk mendapatkan maklumat melalui platform media sosial seperti facebook, twiiter dan sebagainya.  Hal ini dikukuhkan lagi dengan penurunan jumlah jualan surat khabar yang semakin hari tidak menunjukkan kesan positif.  Tidak dinafikan banyak perkara yang baik yang disampaikan pihak media kepada orang awam, namun begitu banyak juga perkara yang disampaikan membawa kecelarauan kepada umum.

     Harini media bebas melaporkan berbagai-bagai perkara.  Tajuk-tajuk sarkastik diletakkan dimuka hadapan bagi menarik minat pembacaan.  Terdapat juga penyampaian maklumat yang salah yang membuatkan sesuatu perakara itu menjadi fitnah.  Sebagai orang yang boleh berfikiran waras, kita seharusnya memikirkan sesuatu maklumat yang diterima dengan terperinci.  Media memainkan peranan penting dalam memesongkan pemikiran seseorang dari baik kepada sebaliknya.  Penularan video-video yang mengerikan dan lucah senang diakses oleh segenap lapisan masyarakat.  Perkara sedemikian sedikit sebanyak dapat merosokkan minda dan pemikiran masyarakat.  Bahkan paling ditakuti, perakara ini menjadi satu perkara normal dalam masyarakat.  Proses normalisasi ini juga menghancurkan sesebuah jati diri bangsa.

      Oleh hal yang demikian, peranan daripada pelbagai pihak amat diperlukan dalam membendung serta menepis maklumat-maklumat yang tidak benar.  Ibu bapa seharusnya memantau dan mengenal pasti tingkah laku anak-anak serta peka dengan masalah yang dihadapi oleh mereka.  Selain itu, barisan penulis-penulis juga mesti beretika dalam menggalas amanah dengan sebaik mungkin dalam menyampaikan sesuatu perkara.
Sekian.