Thursday 19 December 2019

MEDIA DAN KEBEBASAN


      Harini, media memainkan peranan yang sangat penting sebagai wadah penyampai ilmu, berita dan maklumat kepada orang awam.  Keadaan situasi harini di mana rakyat terlalu sibuk dalam kehidupan seharian menyebabkan, orang awam memilih untuk mendapatkan maklumat melalui platform media sosial seperti facebook, twiiter dan sebagainya.  Hal ini dikukuhkan lagi dengan penurunan jumlah jualan surat khabar yang semakin hari tidak menunjukkan kesan positif.  Tidak dinafikan banyak perkara yang baik yang disampaikan pihak media kepada orang awam, namun begitu banyak juga perkara yang disampaikan membawa kecelarauan kepada umum.

     Harini media bebas melaporkan berbagai-bagai perkara.  Tajuk-tajuk sarkastik diletakkan dimuka hadapan bagi menarik minat pembacaan.  Terdapat juga penyampaian maklumat yang salah yang membuatkan sesuatu perakara itu menjadi fitnah.  Sebagai orang yang boleh berfikiran waras, kita seharusnya memikirkan sesuatu maklumat yang diterima dengan terperinci.  Media memainkan peranan penting dalam memesongkan pemikiran seseorang dari baik kepada sebaliknya.  Penularan video-video yang mengerikan dan lucah senang diakses oleh segenap lapisan masyarakat.  Perkara sedemikian sedikit sebanyak dapat merosokkan minda dan pemikiran masyarakat.  Bahkan paling ditakuti, perakara ini menjadi satu perkara normal dalam masyarakat.  Proses normalisasi ini juga menghancurkan sesebuah jati diri bangsa.

      Oleh hal yang demikian, peranan daripada pelbagai pihak amat diperlukan dalam membendung serta menepis maklumat-maklumat yang tidak benar.  Ibu bapa seharusnya memantau dan mengenal pasti tingkah laku anak-anak serta peka dengan masalah yang dihadapi oleh mereka.  Selain itu, barisan penulis-penulis juga mesti beretika dalam menggalas amanah dengan sebaik mungkin dalam menyampaikan sesuatu perkara.
Sekian. 

Wednesday 7 November 2018

10 TIPS UNTUK MENCAPAI KEJAYAAN

      Dalam hidup ini, tiada manusia yang tidak mahukan kejayaan dan maju kehadapan.  Harini orang meletakkan kejayaan dalam berbagai-bagai maksud.  Ada orang, kejayaan baginya adalah bebas kewangan, ada orang dapat menamatkan pelajaran dan ada orang berpendapat bahawa dapat membeli rumah pada usia muda adalah satu kejayaan.

      Ya benar, definisi kejayaan adalah berlainan mengikut setiap individu.  Walaubagaimanapun, tips untuk mencapai kejayaan yang diinginkan adalah lebih kurang sama.  Mungkin tips yang diberikan ini dapat memberi sedikit sebanyak manfaat bagaimana untuk menggapai sesebuah kejayaan.

     Untuk pengetahuan semua, 10 tips yang akan ditulis dibawah merupakan tips yang dikongsi oleh seorang yang hebat dan tidak asing lagi iaitu Datuk Hj. Aminar Rashid.  Beliau merupakan Managing Director PERODUA. 

1. BERPEGANG TEGUH PADA AGAMA

      Sebagai manusia yang beragama, kita wajib berpegang teguh kepada agama.  Khususnya umat islam, kita wajib berpegang teguh pada al-quran dan as sunnah serta mengamalkan rukun iman dan rukun islam.

2. ADA VISI, MISI DAN TARGET

      Dalam menjalani kehidupan ini, kita mempunyai visi, misi dan target.  Misi dan visi seseorang ini bergantung kepada apa objektif seseorang itu dan apa yang dia target.  Sebagai contoh seorang mahasiswa, mahasiswa tersebut perlu bekerja keras untuk mendapat Dean's list, 1st class degree dan sebagainya.  Kunci utama dalam melaksanakan visi dan misi tidak lain dan tidak bukan adalah dengan disiplin.  Memang tidak dapat dinafikan, orang berjaya adalah orang yang berdisiplin tetapi "flexible".

3. KOMITED DAN BEKERJA KERAS DALAM PELAJARAN

      Untuk mencapai kejayaan, ilmu amat penting.  Proses mendalami sesuatu ilmu, kita harus fokus dan berkerja keras berkaitan pembelajaran tersebut.  Perlu dingati bahawa pembelajaran berlaku tidak hanya dalam kelas, malahan ilmu ini ada di mana-mana sahaja anda berada.  Aktiviti seperti kem jati diri dapat memupuk individu tersebut menjadi seorang "holistic person".  Pada masa yang sama, aktiviti luar kelas dapat memupuk semangat kerja berpasukan yang amat penting dalam dunia pekerjaan.

4. SEMANGAT BELAJAR DAN PERUBAHAN YANG BERTERUSAN

      Sifat seperti dahagakan ilmu adalah perkara penting bagi individu yang inginkan kejayaan. Kita harus berfikiran agar menjadi orang yang lebih baik dari semalam.  Tambahan pula, ilmu seperti bahasa ketiga amat memberi manfaat.  Menurut Datuk Hj. Aminar, bahasa Jepun amat luas digunakan terutamanya dalam mesyuarat dengan syarikat dari Jepun.

5. SENTIASA BERFIKIRAN POSITIF

      Berfikiran postiif dapat mengajar kita terutamanya bila kita gagal dalam sesuatu.  Kita akan senantiasa bangun apabila kita jatuh.  Budaya "global thinking" amat penting dalam menjadi individu yang berjaya.  Kita seharusnya menajadi yang terbaik setiap apa jua perkara yang kita lakukan  dan tidak mudah berputus asa. Pada masa yang sama, sikap berprasangka baik juga perlu diterapkan agar nilai-nilai yang baik dapat diterapkan.

6. CARI IDOLA DAN CONTOHI KEJAYAAN MEREKA

      Di sebalik kejayaan seseorang itu, pada ada insan dibelakangnya.  Tapi kalau bukan individu belakangnya?, mesti ada idola didepannya. :).  Sebagai umat islam, kita boleh meletakkan Nabi Muhammad S.A.W sebagai contoh tauladan. 

7. BERSYUKUR, HORMAT DAN BERTERIMA KASIH

      Mensyukuri seuatu nikmat yang diperoleh.  Besyukur, hormat dan berterima kasih merupakan adab dalam mengapai sesebuah kejayaan.  Tanda penghormatan dan terima kasih kepada ibu bapa, keluarga, guru-guru, rakan-rakan penting supaya ilmu yang diperoleh mendapat keredhaan Allah s.w.t.

8. RENDAH DIRI TAPI "COMPETITIVE MIND"

      Ya tepat sekali, kita perlu sentiasa rendah diri tetapi, jangan sampai orang tindas kita.  Bak kata orang tua, buat baik berpada-pada. To be the best we must stay humble. 

9. BERBAKTI KEPADA IBU BAPA, KELUARGA, MASYARAKAT

      Apabila dianugerahkan kejayaan, kita mesti ingat dimana kita bermula.  Kita harus bersedekah kepada mereka yang memerlukan atau melakukan community services untuk masyarakat atau kita boleh lakukan sesi perkongsian ilmu dan pengalaman kepada komuniti di luar.

10. WORK-LIFE BALANCE

      Akhir sekali, dalam mengejar kejayaan yang diiginkan, kita harus seimbangkan hidup seperti mengambil pemakanan yang seimbang, melakukan senaman serta meluangkan masa bersama insan yang tersayang.  Kita juga perlu mengawal stress dengan cara memperbanyakkan amal dan memperbanyakkan ibadah.

Thursday 19 July 2018

EMAS 999 RM 1

Biar betul? Emas 999 RM 1.  Betul tu tuan² dan puan², memang saya tak tipu.  Harini sahabat semua boleh memiliki emas dengan minumum RM 1.  Sebelum itu sahabat, ini bukan la mlm atau pon skim cepat kaya, ini adalah pelaburan untuk masa hadapan.

Okay sahabat, anda semua boleh membeli emas dengan minimum RM 1 melalui aplikasi HELLO GOLD yang boleh sahabat semua muat turun melalui apps store dan play store (android). 


Sebagaimana yang sahabat lihat di atas, itu merupakan user interface dalam applikasi HELLO GOLD.  Proses pendaftaran untuk pengguna baru mengambil masa satu hari untuk disahkan dan memerlukan kad pengenalan untuk proses pengasahan.

Kepada sahabat yang mendaftar akaun baru, anda boleh menggunakan raferral kod ini :  MUHA0RP0 , untuk mendapatkan emas berharga RM 10 dengan minimum topup RM 50.

DAFTAR DAN LIHAT WEBSITE DENGAN KLIK DISINI

Tuesday 17 July 2018

Kembali Semula

Kembali Semula?? mesti korang semua tertanya kan, apa yang aku maksudkan dengan kembali semula.  Actually kembali semula bermaksud aku dah kembali ke dalam blog ini, selama mana aku boleh bertahan pon aku tak tahu.  So di kesempatan yang ada ini, aku cuba la kemaskini blog ini, taknak la sampai bersawang semua kan, gitueww.  Entah ada orang baca ke tak blog ni, harapnya ada la yang sudi baca, kalau tidak tak mengapa la.

Memandangkan sekarang cuti semester dan aku sendiri pon tak tau nak buat apa, puas mintak kerja asyik dapat jawapan " nanti akak call eh dik", hahaha.  Majikan lak nak pekerja yang boleh kerja untuk tempoh masa lama.  So korang yg tengah belajar ni, nak mintak kerja kena la menipu sunat, cakap jela dah habis belajar ke apa, okay.  

kk.. gerak lu

Sunday 28 January 2018

Cara tukar .blogspot.my ke .com/.xyz

      Hello wassap guys bertemu lagi kita pada harini :).  Harini aku nak tunjukkan cara nak ubah daripada .blogspot.my kepada .com/.xyz dan sebagaianya.  Sebagai contoh, korang boleh tengok apa yang aku tukar daripada www.catatanizzat.blogspot.my kepada www.catatanizzat.xyz.  Sebenarnya aku buat .xyz sebab murah dan aku rasa tak rugi pon beli dan nak beli .com harga pon boleh tahan.  So as student, beli yang murah-murah je la, bukan ramai pon datang blog ni sob sob. Hahaha #abanggurauje.

       Orait aku beli domain ni kat shinjiru.  Harga time aku beli RM 3 tambah gst semua adala dalam rm 3.50 valid untuk satu tahun.  So beli cam biasa then nak tukar boleh tengok step kat bawah.

       Okay pertama sekali, aku bukan budak sains komputer ke apa, just main try and error, so mintak maaf kalau ada yang salah ke, maybe boleh comment kat bawah kalau ada cara yang lebih efektif, sebab aku pon follow guide dari blog-blog lain. Chill

1.  First step, korang buka dekat blog setting, then cari bahagian publish.  Pastu tekan +set up third party link

 

2.  Then masukkan domain apa yang dah korang beli. cam kat bawah  :


3.  Bila kau dah letak, dia akan keluar tulisan merah,just relax and cool, korang cuma perlu adjust dalam kotak tu letak www. kt depan dia ex : www.catatanizzat.xyz


4.  Take note kat sini bila korang dah letak www. dia akan keluar 2 information macam kat atas tu no 1 dan 2.

5.  Bila dah settle part tu, korang pergi balik kat laman web yang korang beli domain tu, cam aku buka balik laman shinjiru tu pastu pilih manage DNS


6. Pastu korang pilih DNS Records Sets


7.  PIlih Add Set

8.  So bila korang dah tekan add set dia akan keluar informtaion macam kat bawah :


9.  Kat sini korang just klik button + tu pastu untuk information yang steps 3 (yang aku bulatkan no 1 dan 2) tu korang pilih CNAME.  Pastu yang No. 3 tu korang pilih A masukkan 4 ip ni untuk setiap satu petak: 
  • 216.239.32.21
  • 216.239.34.21
  • 216.239.36.21
  • 216.239.38.21
10.  Lastly, back semula dekat DNS Manager pilih add zone.  Dekat bahagian name just masukkan nama domain korang,  cam aku www.catatanizzat.xyz dan untuk ip tu korang masukkan 185.148.146.211 rujuk sini

11.  Then back semula dekat blog korang just tekan save.  Orait siap sudah.  Incase kalau ada step yang kurang jelas just command orait. :)






Tuesday 23 January 2018

Nota Ringkas TITAS PDF

Hello guys, kat bawah ni aku ada sediakan nota ringkas TITAS(pdf) korang boleh la download nanti kt bawah tu.  Nota ini adalah ringkasan, sedikit sebanyak dapat bantu korang manatau ada yang jenis study last minute. Orait :)

BAB 1 : PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN

BAB 2 : TAMADUN ISLAM

BAB 3 : TAMADUN MELAYU

BAB 4 : TAMADUN INDIA

BAB 5 : TAMADUN CINA

BAB6 : CABARAN SEMASA